
TEHRAN, 12 September – Iran akan mengadakan pertemuan bersama Iraq dan beberapa negara pesisir Teluk di Oman pada Isnin bagi membincangkan isu strategik serta masa depan Selat Hormuz.
Kementerian Luar Iran berkata pertemuan itu bertujuan meningkatkan persefahaman dan memperkukuh keselamatan serantau secara bersama.
Selat Hormuz kini disekat Iran susulan konflik Asia Barat yang tercetus sejak 28 Februari, selepas serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel membunuh pemimpin tertinggi Iran.
Sekatan tersebut memberi tekanan kepada pasaran minyak dunia kerana selat berkenaan sebelum ini menjadi laluan kira-kira satu perlima bekalan minyak global. Harga minyak turut melonjak melebihi AS$100 setong minggu ini.
Iran kini mewajibkan kapal mendapatkan kebenaran untuk melalui selat berkenaan, selain mempertimbangkan pengenaan bayaran perkhidmatan.
Oman dan Iran sebelum ini telah mengadakan rundingan mengenai mekanisme pengurusan laluan perairan strategik itu pada masa depan. – AFP
