
STOCKHOLM, 13 September – Rakyat Sweden akan mengundi dalam pilihan raya umum dengan kos sara hidup dan ekonomi menjadi antara isu utama, selain kemungkinan parti sayap kanan Sweden Democrats menyertai kerajaan.
Dalam pilihan raya 2022, isu keganasan kumpulan samseng menjadi tumpuan dan menyumbang kepada kemenangan gabungan sayap kanan-tengah yang disokong Sweden Democrats.
Namun, selepas empat tahun, kes tembakan berkaitan kumpulan samseng dilaporkan menurun dengan ketara hasil penguatkuasaan lebih tegas, peningkatan sumber dan kaedah penyiasatan baharu.
Kerajaan turut memperketat hukuman, memperluas pengawasan elektronik serta menurunkan had umur bagi hukuman penjara kesalahan serius.
Penganalisis berpandangan perubahan kerajaan tidak akan banyak mengubah dasar membanteras jenayah kerana langkah tersebut mendapat sokongan merentas parti. –REUTERS
