




SEREMBAN, 13 September 2026 — Jenazah Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, juruterbang yang terkorban dalam nahas helikopter di Long Lellang, Baram, Sarawak, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Forest Height, Senawang pada petang Ahad.
Sebelum pengebumian, solat jenazah Allahyarham disempurnakan selepas solat Asar di Masjid Bandar Baru Senawang.
Solat jenazah itu diimamkan oleh bapanya, Bee Sham Ahmad dan turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.
Allahyarham meninggalkan isteri, Nor Izzati Syamimi Suhaimi, 31, serta dua cahaya mata, Adelia Sofia, 6, dan Ian Zayn, sembilan bulan.
Pemergian Allahyarham meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga serta mereka yang hadir memberikan penghormatan terakhir sebelum jenazah dikebumikan.
