AI Perlu Digunakan Secara Bijak, Fakta Wajib Disemak – Fahmi

KUCHING, 14 September – Pengguna kecerdasan buatan (AI) dinasihatkan supaya tidak menerima bulat-bulat maklumat yang dihasilkan teknologi berkenaan, sebaliknya menyemak dan mengesahkan kesahihannya terlebih dahulu.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, langkah itu penting bagi menangani isu halusinasi AI, kandungan tidak wajar serta risiko keselamatan.

Menurut beliau, perbincangan global bersama pengusaha platform AI seperti Anthropic dan OpenAI turut diperkasa bagi membangunkan kerangka kawal selia yang lebih menyeluruh.

Kementerian juga akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap aduan berkaitan AI yang disalurkan kepada pihak berkuasa termasuk PDRM dan MCMC.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *