
PUTRAJAYA, 14 September – Kecukupan gaji penjawat awam perlu dinilai berdasarkan keperluan semasa serta kemampuan kewangan kerajaan, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Dr. Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
Beliau berkata pelarasan gaji menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) merupakan usaha berterusan kerajaan menjaga kebajikan penjawat awam dengan mengambil kira kedudukan kewangan negara.
Pada masa sama, penjawat awam perlu mengurus kewangan dan merancang perbelanjaan mengikut kemampuan masing-masing.
Kerajaan turut meneliti langkah bersesuaian bagi meningkatkan pendapatan serta kebajikan penjawat awam.
