Bangunan Runtuh di Gaza: 21 Terkorban

GAZA CITY, 17 September – Sekurang-kurangnya 21 individu termasuk 12 kanak-kanak dan lima wanita terkorban selepas sebuah bangunan kediaman enam tingkat runtuh di Tal al-Hawa, Gaza, pada Rabu.

Agensi Pertahanan Awam Gaza memaklumkan puluhan mangsa dikhuatiri masih terperangkap di bawah runtuhan, manakala operasi mencari dan menyelamat berdepan kekurangan peralatan serta jentera berat.

Seramai 45 mangsa cedera telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Bangunan berkenaan dilaporkan pernah diserang beberapa kali pada 2024 dan Mac 2025. Penduduk sebelum ini diberi amaran supaya tidak kembali ke bangunan itu, namun kembali kerana tiada pilihan lain.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *