LOKE TERUSKAN AGENDA RASMI DI CHINA SEBELUM PROSES PELETAKAN JAWATAN

21 September 2026

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) ingin memaklumkan bahawa YB Tuan Loke Siew Fook akan meneruskan program rasmi beliau di China seperti yang telah dijadualkan, bagi mewakili Malaysia dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan APEC ke-12 di Beijing.

Program tersebut turut melibatkan beberapa pertemuan dua hala serta pemeteraian dua Memorandum Persefahaman (MoU), termasuk MoU kerjasama pengangkutan antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Rakyat China yang merangkumi sektor darat, rel, maritim, penerbangan dan logistik, termasuk MoU kerjasama keselamatan penerbangan antara CAAM dan CAAC.

MoU CAAM–CAAC merangkumi bidang seperti kelayakan udara, pensijilan organisasi penerbangan, pelesenan personel, pengawasan operasi serta pengiktirafan bersama dapatan dan sijil pematuhan.

Selepas menyelesaikan program rasmi di Beijing, YB Menteri dijadualkan ke Shanghai untuk menyertai rombongan YAB Perdana Menteri sebelum kembali ke Malaysia bagi menguruskan perkara-perkara berkaitan proses peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Pengangkutan.

MOT akan terus memastikan segala urusan dan tanggungjawab Kementerian dilaksanakan seperti biasa secara profesional dan teratur.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *