
SANAA, 22 September – Ketua badan pemerintahan Yaman, Rashad al-Alimi, meminta sokongan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, bagi menghadapi kumpulan Houthi yang disokong Iran.
Permintaan itu dibuat susulan serangan Houthi terhadap Arab Saudi dan penguasaan kumpulan berkenaan di kawasan pantai strategik menghadap Selat Bab al-Mandeb.
Bagaimanapun, Trump dilaporkan tidak memberikan jaminan sokongan ketenteraan kepada Yaman. Media AS turut melaporkan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, meminta Trump membantu mengekang kemaraan Houthi.
Ketegangan meningkat selepas gencatan senjata antara Houthi dan kerajaan Yaman runtuh pada Julai, diikuti serangan terhadap kapal serta wilayah Arab Saudi. – AFP
