Permintaan Sistem Kerja Fleksibel Dijangka Meningkat

KUALA LUMPUR, 22 September – Permintaan terhadap sistem kerja fleksibel di Malaysia dijangka terus meningkat seiring perubahan landskap pekerjaan dan kecenderungan generasi muda terhadap persekitaran kerja yang lebih bebas.

Ahli Majlis Perundangan GIG dan Gaji Negara, Prof. Madya Dr. Nurhidayah Abdullah berkata, fleksibiliti bekerja bukan sahaja memberi keselesaan, malah berpotensi meningkatkan mutu kerja, khususnya bagi individu yang mempunyai tanggungjawab keluarga.

Beliau berkata, ekonomi gig juga dijangka terus berkembang kerana menjadi sumber pendapatan penting kepada pelbagai golongan termasuk penjaga anak OKU, individu yang menjaga ibu bapa sakit serta pelajar.

Katanya, pelaksanaan Akta Pekerja Gig 2025 yang berkuat kuasa Mac lalu dijangka memperkukuh perlindungan sosial pekerja gig, namun keberkesanannya masih memerlukan masa untuk dinilai.

Beliau turut mengingatkan pekerja gig supaya mengambil langkah perlindungan kewangan termasuk membuat caruman dan mendapatkan perlindungan insurans bagi menjamin kestabilan masa depan.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *