
Kejohanan sulung FIFA ASEAN Cup 2026 bakal membuka tirai pada 24 September hingga 5 Oktober 2026, dengan Indonesia dan Hong Kong, China sebagai tuan rumah. Kejohanan ini menghimpunkan 14 pasukan, termasuk kesemua 11 negara anggota ASEAN serta tiga pasukan jemputan.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemeteraian kerjasama antara ASEAN dan FIFA yang diumumkan ketika Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di Kuala Lumpur pada tahun lalu menjadi antara perkembangan penting dalam usaha memperkukuh pembangunan bola sepak serantau.
Harimau Malaya yang berada dalam Kumpulan A Divisyen 1 akan memulakan kempen menentang Bangladesh pada Jumaat, 25 September, sebelum berdepan Indonesia dan Singapura.
Perdana Menteri turut mengajak rakyat Malaysia memberikan sokongan padu kepada pasukan kebangsaan serta mendoakan kejayaan Harimau Malaya membawa cabaran negara dalam kejohanan bersejarah ini.
Ayuh Harimau Malaya! 🇲🇾⚽🐯
