PMX, PREMIER LI QIANG TEKAD PERKUKUH KERJASAMA AI DEMI KESEJAHTERAAN BERSAMA

24 September 2026 | HANGZHOU, CHINA — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Premier China, Li Qiang di Hangzhou, susulan pertemuan kedua-dua pemimpin di Shanghai baru-baru ini.

Anwar berkata beliau turut menghadiri Ekspo Perdagangan Digital Global (GDTE) Kelima, yang menjadi antara acara utama hari ketiga lawatan kerja beliau ke Republik Rakyat China.

Malaysia pada kali pertama menyertai ekspo berkenaan sebagai Negara Tetamu Kehormat dan membuka Pavilion Malaysia di bawah kelolaan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Dalam lawatan ke ruang pameran bertemakan “Menemui Masa Depan AI di GDTE”, Anwar bersama Li meninjau pelbagai teknologi mutakhir serta inovasi baharu yang dipamerkan.

PMX, Li Qiang Bertukar Pandangan Mengenai Masa Depan AI

Kedua-dua pemimpin turut bertukar pandangan mengenai perkembangan pesat kecerdasan buatan (AI) serta cabaran yang hadir bersama kemajuan teknologi tersebut.

Anwar menegaskan bahawa teknologi dan produk AI perlu kekal berada di bawah kawalan manusia, bukannya manusia yang dikuasai oleh teknologi.

Beliau berkata dunia perlu menggembleng kekuatan dan memperkukuh kerjasama bagi memanfaatkan peluang baharu, selain memastikan kemajuan teknologi digunakan sebaiknya demi kesejahteraan serta kemajuan bersama.

Perkembangan itu turut mencerminkan usaha Malaysia memperkukuh kerjasama dengan China dalam bidang perdagangan digital, AI dan teknologi berimpak tinggi.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *