Peladang rugi RM301,777 diperdaya sindiket pelaburan palsu

TEMERLOH, 25 September – Seorang peladang kelapa sawit di Kuala Krau kerugian RM301,777 selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan tidak wujud menerusi aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mohd Nasyim Bahron berkata, mangsa berusia 51 tahun menerima tawaran pelaburan menggunakan nama ‘Prestige Prime’ yang menjanjikan keuntungan.

Mangsa kemudian membuat 18 transaksi ke sembilan akaun bank berbeza antara 11 Ogos hingga September 2026, menggunakan wang simpanan serta pinjaman daripada keluarga dan rakan.

Mangsa menyedari ditipu selepas akaun pelaburan berkenaan disekat dan keuntungan yang dijanjikan tidak diterima.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai tawaran pelaburan melalui media sosial, khususnya yang menjanjikan keuntungan lumayan. Mangsa penipuan boleh menghubungi NSRC di talian 997 atau membuat laporan polis dengan segera.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *