TAN SRI L. KRISHNAN MENINGGAL DUNIA PADA USIA 104 TAHUN, TINGGALKAN LEGASI BESAR FILEM MELAYU – PMX

KUALA LUMPUR, 25 September 2026 – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah susulan pemergian tokoh perfileman negara, Tan Sri L. Krishnan, yang meninggal dunia pada usia 104 tahun.

Menurut Anwar, Allahyarham merupakan bekas pelajar High School Bukit Mertajam dan antara tokoh terawal yang mencorakkan perkembangan industri filem Melayu.

Sepanjang kerjaya dalam bidang perfileman, Allahyarham menghasilkan pelbagai karya penting pada era 1950-an dan 1960-an bersama Shaw Brothers, Malay Film Productions, Cathay-Keris dan Merdeka Studios.
Antara karya arahan Allahyarham termasuk Bakti, Keris Sempena Riau dan Selendang Merah.

MENGILAP RAMAI BAKAT BAHARU

Allahyarham turut dikenang kerana membimbing serta menggilap bakat ramai bintang ternama tanah air, antaranya Seniman Agung P. Ramlee, Maria Menado, Mustapha Maarof, M. Amin dan Rosnani Jamil.

Anwar berkata, lebih enam dekad penglibatan Allahyarham dalam dunia filem, iklan dan muzik telah meninggalkan legasi besar kepada industri seni dan budaya negara.

“Pastinya jasa dan sumbangan mendiang dalam memperkaya khazanah seni tanah air akan terus dikenang,” katanya.

Anwar turut menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham serta mendoakan agar mereka diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan tersebut.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *