
29 September 2026 – Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3) mengisytiharkan pengagihan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2026, meningkat daripada 4.75 sen seunit pada 2025.
Kadar pengagihan tersebut merupakan yang tertinggi dalam tempoh tujuh tahun, mencerminkan prestasi pengurusan amanah pelaburan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dalam menghadapi persekitaran pasaran global yang mencabar.
Bagi pemegang unit beragama Islam yang memilih kaedah pembayaran Zakat Khultah (Kelas , kadar berkenaan bersamaan anggaran 4.87 peratus selepas zakat.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tatakelola yang baik bukan sekadar memastikan tiada ketirisan dan salah guna, tetapi turut merangkumi kecekapan dalam mengurus amanah, mencipta nilai serta memastikan hasilnya memberi manfaat kepada rakyat.
Beliau berharap pengagihan tersebut dapat membantu memperkukuh simpanan dan perancangan kewangan rakyat demi masa hadapan yang lebih baik.
“Moga pengagihan ini dapat membantu memperkukuh simpanan dan perancangan kewangan rakyat demi masa hadapan yang lebih baik. Insya-Allah.” ujar PMX dalam perkongsiannya di laman media sosial hari ini.
Terima kasih PMX dan Kerajaan MADANI.
