Malaysia catat pencapaian terbaik WorldSkills sejak 1995

PUTRAJAYA, 29 September – Malaysia mencatat pencapaian terbaik dalam WorldSkills Competition sejak 1995 selepas meraih satu pingat gangsa dan 13 Pingat Kecemerlangan pada WorldSkills Shanghai 2026.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kejayaan itu membabitkan 22 anak muda Malaysia yang menyerlah dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Pingat gangsa disumbangkan Sia Xin Wan menerusi kategori Pengujian Perisian, selain menerima anugerah Best of Nation.

WorldSkills Shanghai 2026 berlangsung dari 22 hingga 27 September, menghimpunkan 1,400 peserta dari 65 negara dan wilayah dalam 64 bidang kemahiran.

Edisi ke-49 WorldSkills Competition dijadual berlangsung di Aichi, Jepun pada 2028.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *