UBAT MELALUI POS RINGANKAN BEBAN RAKYAT
MENDAPATKAN BEKALAN UBAT-UBATAN SUSULAN

PUTRAJAYA, 29 September 2026 โ€“ Menteri Komunikasi, YB Datoโ€™ Seri Fahmi Fadzil bersama-sama Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, hari ini melancarkan pembiayaan inisiatif Ubat Melalui Pos (UMP), sebuah kerjasama strategik antara Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memudahkan pesakit mendapatkan bekalan ubat-ubatan susulan secara percuma.

Berkuat kuasa 1 Oktober 2026, kos penghantaran ubat susulan bagi pesakit yang layak akan ditanggung sepenuhnya bagi tempoh setahun. Inisiatif ini diperkenalkan bagi menggalakkan lebih ramai pesakit memanfaatkan perkhidmatan kesihatan digital, di samping memudahkan akses kepada bekalan ubat-ubatan tanpa perlu hadir ke fasiliti kesihatan.

MCMC akan menyelaras pelaksanaan inisiatif ini, selaras dengan peranannya sebagai badan kawal selia sektor pos negara, manakala KKM kekal bertanggungjawab terhadap pengurusan kelayakan pesakit dan penyediaan bekalan ubat-ubatan. Urusan penghantaran akan dilaksanakan oleh Pos Malaysia Berhad.

Inisiatif ini dijangka memanfaatkan 80,000 pesakit setiap bulan di seluruh negara, dengan anggaran kos penghantaran sebanyak RM5 juta yang ditanggung sepenuhnya.

Pelaksanaan ini merupakan susulan pengumuman oleh YB Menteri Komunikasi semasa pelancaran Pemacu Ekosistem dan Ketersambungan Kesihatan Digital Negara (PERSADA) 15 Jun lalu, sekali gus membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam memperluas manfaat perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.

Hadir sama, Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching; Ketua Setiausaha KKM, YBhg. Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam Haji Ahmad; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, YBhg. Datuk Abdul Halim Hamzah; dan Pengerusi Pos Malaysia, YBhg. Tan Sri Syed Faisal Albar Syed A.R Albar.

Dikeluarkan oleh:
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *