

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap YAB Datoโ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.
Seri Paduka Baginda berkenan menerima sembah maklum mengenai perkembangan terkini urusan pentadbiran Kerajaan Persekutuan serta membincangkan isu-isu semasa.
Pertemuan YAB Perdana Menteri bersama Seri Paduka Baginda selama hampir sejam berlangsung di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada hari ini (29 September).
