



30 September 2026:
Kerajaan MADANI memberi perhatian terhadap usaha memperkukuh kemampuan dan daya saing perusahaan Bumiputera dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa, khususnya tekanan kos perolehan dan operasi akibat krisis bekalan global.
Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu antara yang dibangkitkan dalam sesi libat urus Belanjawan 2027 bersama wakil persatuan dan syarikat kontraktor Bumiputera.
” Sesi itu juga turut mengetengahkan kesulitan dihadapi perusahaan kecil merentas pelbagai industri.
” Sehubungan itu, pandangan dan cadangan yang dikemukakan, termasuk berkaitan tekanan kos, akses kepada peluang serta usaha memperkukuh daya saing perusahaan, telah diambil maklum untuk diteliti dalam merangka Belanjawan 2027, ” kata beliau dalam perkongsian di laman media sosial hari ini.
MEMBUKA RUANG DAN PELUANG
Beliau berkata, Kerajaan MADANI mahu Belanjawan 2027 membuka ruang dan peluang yang lebih luas kepada rakyat serta perusahaan untuk membina kemampuan, meningkatkan daya saing dan mengangkat maruah anak watan.
” Pendekatan berkenaan mencerminkan usaha memastikan cabaran yang dihadapi perusahaan.
” Ini khususnya dalam aspek kos dan peluang, diberi perhatian sewajarnya supaya sektor perusahaan dapat terus diperkukuh, ” jelas beliau lagi.
