Dua Warga Palestin Dikebumikan Selepas Terkorban Dalam Serangan Israel

GAZA, 30 September – Dua warga Palestin, termasuk komander kanan sayap bersenjata Hamas, Ezz al-Din al-Bayk dan Muhannad Abu Foul, dikebumikan selepas terkorban dalam serangan udara Israel di kejiranan Al-Nasr, barat Gaza City.

Solat jenazah diadakan di sebuah masjid sebelum jasad kedua-dua mangsa diusung ke tanah perkuburan, dengan ahli keluarga dan penduduk tempatan memberikan penghormatan terakhir.

Penduduk mendakwa serangan dan kematian masih berlaku walaupun perjanjian gencatan senjata telah dimeterai.

Laporan OCHA pada September 2026 turut menyatakan serangan udara dan risiko terhadap orang awam di Gaza masih berterusan. -VIORY

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *