Malaysia, Qatar perkukuh diplomasi demi keamanan Asia Barat

KUALA LUMPUR, 30 September – Malaysia dan Qatar sepakat memperkukuh usaha diplomatik bagi menghentikan perang, mempercepat bantuan kemanusiaan serta menyokong rundingan damai di Asia Barat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dibincangkan dalam perbualan telefon bersama Amir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani, termasuk perkembangan di Gaza dan ketegangan melibatkan Iran.

Kedua-dua pihak turut bersetuju bahawa usaha damai perlu diperkukuh bagi menghentikan penderitaan rakyat Palestin serta mencapai keamanan berkekalan.

Anwar turut berharap hubungan Malaysia-Qatar terus berkembang, khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan, selain menghargai ucapan takziah Sheikh Tamim atas pemergian ahli keluarganya.

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *