
PRETORIA, 30 September – Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa mengarahkan tindakan segera bagi meningkatkan keselamatan wanita susulan penemuan mayat 11 wanita di Ekurhuleni sejak pertengahan Julai.
Antara langkah diarahkan termasuk audit keselamatan di kawasan berisiko, membaiki lampu jalan, membersihkan semak samun serta mengawal bangunan terbiar.
Polis dan pendakwa raya turut diminta menyemak semula kes lama membabitkan wanita dan kanak-kanak. Empat suspek telah ditahan, namun polis berkata tiada bukti setakat ini bahawa kes berkenaan dilakukan oleh seorang pembunuh bersiri. -AFP
