
GAZA, 2 Oktober – Empat anak singa di sebuah zoo di Nuseirat, Gaza mati beberapa jam selepas dilahirkan, dipercayai akibat kekurangan makanan dan ubat-ubatan susulan konflik berterusan.
Pemilik zoo, Mahmoud Gomaa berkata, kekurangan ubat serta penutupan pintu sempadan menyebabkan bekalan makanan penting tidak dapat diperoleh.
Keempat-empat anak singa itu kemudian dikebumikan, sekali gus mencerminkan kesan krisis kemanusiaan yang semakin buruk di Gaza. -AFP
