πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ 𝐀𝐋𝐔-π€π‹π”πŠπ€π 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐁𝐔𝐑𝐀𝐍 ππ€π‡π‘π€πˆπ, 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔𝐀𝐒 πŠπ„π‘π‰π€π’π€πŒπ€ πƒπ€π‹π€πŒ ππ„π‹ππ€π†π€πˆ ππˆπƒπ€ππ†

KualaLumpur: Malaysia mengalu-alukan pelaburan dari Bahrain dan bersedia memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam hantaran di platform X malam ini, Anwar berkata kerjasama itu merangkumi bidang kesihatan, kewangan Islam, teknologi, pelancongan, keterjaminan makanan, kecerdasan buatan (AI), keselamatan siber dan pembuatan pintar.

Perkara itu antara yang dibincangkan dalam pertemuannya dengan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman bin Hamad Al Khalifa, yang melakukan kunjungan ke Malaysia sempena acara Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026.

β€œMalaysia mengalu-alukan pelaburan Bahrain, sementara syarikat Malaysia bersedia memanfaatkan Bahrain sebagai pintu masuk ke pasaran Majlis Kerjasama Teluk (GCC), demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.

β€œKami turut memanfaatkan pertemuan ini untuk membincangkan usaha memperkukuh hubungan Malaysia dan Bahrain, termasuk mempercepat rundingan pegawai kanan bagi menggerakkan Jawatankuasa Bersama Peringkat Tinggi serta memacu agenda dua hala secara strategik.

β€œSeiring aspirasi Ekonomi MADANI dan Wawasan Ekonomi Bahrain 2030, kami bertekad memperluas kerjasama dalam bidang kesihatan, kewangan Islam, teknologi, pelancongan, keterjaminan makanan, kecerdasan buatan, keselamatan siber dan pembuatan pintar,” katannya.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *