Krisis bekalan petrol, Menteri Minyak Iran berundur

TEHRAN, 5 Oktober -Menteri Minyak Iran, Mohsen Paknejad meletakkan jawatan ketika negara itu berdepan krisis bekalan petrol susulan konflik yang berlarutan di Asia Barat, sehingga mencetuskan barisan panjang kenderaan di stesen minyak.

Pejabat Presiden Iran dalam satu kenyataan memaklumkan, Presiden menerima peletakan jawatan Paknejad dan melantik Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Minyak Nasional Iran, Hamid Bovard, sebagai Menteri Minyak sementara.

Pelantikan itu dibuat menerusi satu dekri presiden, menurut kenyataan yang disiarkan penyiar kerajaan, IRIB. – AFP

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *