PMX TEKANKAN KEPENTINGAN AKAUNTABILITI DALAM MENGURUS KUASA PEMBUKAAN KMF 2026 MANDARIN HOTEL KUALA LUMPUR

MANDARIN HOTEL KUALA LUMPUR –

5HB OKT 2026

Datok Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, menegaskan bahawa akauntabiliti terhadap kuasa politik, ekonomi dan institusi perlu diperkukuh bagi memastikan setiap keputusan yang dibuat membawa tanggungjawab kepada rakyat.

Ketika menyampaikan ucaptama pada Khazanah Megatrends Forum 2026 (KMF2026) di Kuala Lumpur hari ini, Perdana Menteri menekankan bahawa akauntabiliti demokrasi tidak seharusnya terhad kepada proses pilihan raya semata-mata, sebaliknya perlu diterjemahkan melalui amalan tadbir urus yang bertanggungjawab.

Forum KMF2026 yang berlangsung pada 5 dan 6 Oktober 2026 mengangkat tema “Who’s Got The Power? Watching the Watchmen in an Imbalanced World”, dengan perbincangan merangkumi geopolitik, ekonomi, teknologi, perubahan iklim, demografi, ketidaksamaan serta persoalan mengenai siapa yang menentukan peraturan dan menerima manfaat daripada perubahan global.

Menurut Perdana Menteri, perubahan kuasa global yang semakin pantas, termasuk perkembangan kecerdasan buatan (AI), teknologi cip, data, konflik geopolitik serta tekanan perdagangan, menuntut institusi dan pembuat keputusan supaya lebih bertanggungjawab serta bersedia menghadapi kesan daripada setiap keputusan yang diambil.

Sebagai sebuah negara perdagangan yang terintegrasi dalam rantaian bekalan global, Malaysia juga perlu bijak menavigasi perubahan geopolitik, ekonomi dan teknologi bagi melindungi kepentingan negara serta memastikan pertumbuhan ekonomi kekal berdaya tahan.

Perdana Menteri turut menegaskan bahawa demokrasi bukan sekadar prinsip yang diisytiharkan, tetapi perlu dibuktikan melalui amalan, integriti dan kebertanggungjawaban dalam pentadbiran.

KMF2026 menjadi platform penting untuk membincangkan megatrend yang sedang membentuk masa depan dunia serta memperkukuh pemikiran strategik dalam menghadapi perubahan kuasa, ekonomi dan teknologi yang semakin kompleks.

Sumber: Facebook YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia

beritaterkini

#JendelaMadani

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *