Tiga rakyat Palestin cedera dalam serangan dron Israel di Khan Younis

GAZA, 6 Oktober — Tiga rakyat Palestin, termasuk seorang kanak-kanak dan seorang wanita, cedera selepas sebuah khemah di Kem Algeria, Al-Mawasi, Khan Younis, diserang dron Israel.

Menurut WAFA, semua mangsa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Serangan berterusan Israel di Gaza setakat ini dilaporkan telah mengorbankan 74,243 orang, manakala 175,232 lagi cedera.

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *