
8 Oktober 2026
Sempena Hari Inovasi Kementerian Dalam Negeri 2026, KDN bangga mempersembahkan projek inovasi digital pintar bertaraf antarabangsa daripada Kumpulan RISE, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)—iaitu Sistem eROSES v2.0!
eROSES v2.0 merupakan transformasi digital perkhidmatan End-to-End (E2E) berasaskan konsep Cloud Native dan teknologi AI. Sistem ini merangkumi keseluruhan urusan pertubuhaN daripada pendaftaran, kelulusan, penyata tahunan, penguatkuasaan hingga pembubaran secara dalam talian 24/7!
