
(Pelatih Industri)




Oleh : Muhammad Nuqman Danial Norazman
(Pelatih Industri)
7 Oktober 2026
Port Dickson –
(Catatan pengelaman)
Setelah solat subuh dengan matahari pagi menyingsing perlahan, menyulam keemasan di udara yang dingin.
Saya mula menyusuri pagi dengan kereta ke White House di Kampung Jimah Baru, yang merupakan Pusat Latihan Jendela Madani di Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan.
Saya merupakan peserta baru bagi kursus siri ke-3 yang dianjurkan oleh Jendela Madani dengan Kerjasama Malaysian Press Institute (MPI).
Dengan penuh harapan saya tiba ke lokasi kursus itu dengan niat ingin mempelajari pekara baru bukan sahaja untuk kegunaan dalam industri tetapi untuk memperluaskan ilmu demi diri sendiri.
Apabila saya tiba, saya disambut oleh Sahidan Jaafar yang juga menghadiri khusus tersebut
Beliau menghulurkan salam pengenalan sebelum sesi khusus bermula.
Walaupun pada mulanya agak segan saya dibimbing oleh penceramah khusus Kamarulzaman Yaacob yang mempunyai pengalaman selama 28 tahun di BERNAMA.
Beliau memberikan ceramah bertajuk Visibility Search Engine Optimization (SEO) iaitu khusus yang bertujuan untuk mendidik peserta mengenai kepentingan dan cara menggunakan ia dengan efektif bagi mengesan keberkesanan kita dalam mencapai pengguna media sosial di internet dan maklumat yang diinginkan.
Tibanya waktu berehat kami dihidangi makanan yang amat enak yang bukan sahaja membekalkan tenaga untuk meneruskan khusus tapi juga membakar semangat untuk menimba ilmu pada hari tersebut, kerana itu saya juga ingin berterima kasih kepada Noraini Nordin untuk masakan sepanjang khusus tersebut dijalankan.
DIKELILINGAN PESERTA PELBAGAI LATAR BELAKANG YANG HEBAT
Ketika khusus dijalankan, saya dikelilingi oleh ramai peserta yang mempunyai latar belakang yang sangat hebat.
Para wartawan, pensyarah yang memiliki PH.D, kakitangan dari MPI dan beberapa peserta Gen Z.
Menyertai khusus ini selama dua hari pada 3 dan 4 Oktober 2026 menunjukkan bahawa saya masih ada banyak untuk dipelajari dan perkara yang saya harus fahami sekiranya ingin memajukan diri dalam industri ini.
Antara tugasan yang diberi adalah untuk menghasilkan poster bagi sesebuah berita, ketika aktiviti tersebut, Puan Noraini Nordin yang merupakan Ketua Pengarang Kumpulan Jendela Madani memberi saya tunjuk ajar dan pencerahan terhadap pantang larang dan perkara yang harus dikenal pasti ketika membuat poster bagi sorotan berita.
Saya amat berterima kasih pada semua pihak daripada khusus terutamanya pihak Jendela Madani atas segala yang saya dapat mempelajari dalam masa 2 hari tersebut.
Kursus Jendela Madani siri ke-3 ini telah memberikan saya perspektif baru dari segi pengunaan kata kunci (keywords) dan proses membuat poster bagi penulisan.
Saya percaya bahawa Jendela Madani dengan slogannya “Suara Merentasi Dunia” akan berjaya dalam sasaran mereka untuk menyalurkan maklumat tepat kepada masyarakat madani di media sosial.
