ABdURRAHMAN AHMAD MU’AZ UKIR NAMA MALAYSIA, JUARA MEMANAH BERKUDA DI CHINA

KUALA LUMPUR, 8 Oktober 2026 — Atlet memanah berkuda negara, Abdurrahman Ahmad Mu’az, mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa selepas muncul juara Kategori Open – Tower 90 pada International Horseback Archery Masters 2026 di Erenhot, Inner Mongolia, China.

Kejayaan itu menyerlahkan keupayaan atlet negara dalam sukan memanah berkuda, selain menjadi pencapaian membanggakan buat Malaysia dalam pertandingan bertaraf antarabangsa.

Pencapaian Abdurrahman turut memberi suntikan semangat kepada perkembangan sukan memanah berkuda negara yang semakin mendapat perhatian di peringkat dunia.

Kejayaan tersebut juga diharap menjadi inspirasi kepada generasi atlet muda untuk terus berusaha, memperkukuh prestasi dan mengangkat nama Malaysia di persada antarabangsa.

Tahniah dan syabas Abdurrahman Ahmad Mu’az!

berita terkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *