



8 Oktober 2026
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis Tahun 2026 di Istana Negara, hari ini (8 Oktober).
Hadir sama, Tan Sri Mohd Khalid Ismail, Ketua Polis Negara; YB Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN) dan Datuk Awang Alik Jeman, Ketua Setiausaha KDN.
Pada istiadat berkenaan, Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan Darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP) kepada 11 pegawai kanan polis yang didahului CP Dato’ Sri Ibrahim Darus, Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara dan CP Dato’ Sri Muhammed Hasbullah Ali, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik.
Turut terima PGPP, CP Dato’ Sri Noor Hisam Nordin, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti; CP Datuk Mohamad Zainal Abdullah, Pengarah Pengurusan dan CP Dato’ Aida Abdul Hamid, Pengarah Jabatan Integriti dan Standard Pematuhan.
Pada istiadat itu juga, Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan darjah Panglima Setia Pasukan Polis (PSPP) kepada 31 penerima, Pahlawan Pasukan Polis (PPP) kepada 44 penerima, Kesatria Pasukan Polis (KPP) kepada 15 penerima dan Bentara Pasukan Polis (BPP) kepada 58 penerima.
Penganugerahan DKPP diberikan kepada pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang berkelayakan di atas jasa dan pengorbanan yang dicurahkan di dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia.
