NSRC DIPERKUKUH, TINDAKAN PANTAS BANTERAS PENIPUAN DALAM TALIAN

10 Oktober 2026

Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datok Seri Anwar Ibrahim terus memperkukuh usaha membanteras jenayah penipuan dalam talian menerusi pemerkasaan Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC). Inisiatif ini memberi tumpuan kepada kerjasama strategik rentas agensi, penggunaan teknologi pintar dan tindakan penguatkuasaan yang lebih pantas bagi melindungi rakyat daripada ancaman penipuan digital.

“Penguatkuasaan bersepadu, tindakan pantas dan penggunaan teknologi pintar menjadi asas penting dalam melindungi rakyat daripada ancaman penipuan dalam talian.”
~Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri

Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui NSRC memberikan tumpuan kepada empat keutamaan strategik bagi memperkukuh keberkesanan pencegahan dan tindakan terhadap jenayah penipuan dalam talian:

✅ Pengesanan Awal – Mengenal pasti modus operandi dan ancaman penipuan dengan lebih pantas.

✅ Penyelarasan Rentas Agensi – Memperkukuh kerjasama serta perkongsian maklumat antara agensi berkaitan.

✅ Tindakan Pantas dan Bersepadu – Mempercepat respons bagi membantu mengurangkan risiko kerugian dan melindungi mangsa.

✅ Pemerkasaan Teknologi dan Analitik Data – Memanfaatkan teknologi pintar untuk meningkatkan keupayaan pengesanan serta pencegahan jenayah.

Melalui pendekatan Smart Enforcement, KDN komited memperkukuh peranan NSRC dalam memastikan usaha membanteras penipuan dalam talian dilaksanakan secara lebih responsif, berkesan dan berorientasikan rakyat.

Kerjasama erat antara agensi penguatkuasaan, institusi berkaitan dan masyarakat amat penting bagi membina persekitaran digital yang lebih selamat, mampan dan dipercayai.

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *