Anwar kecam percanggahan prinsip demokrasi dunia dalam isu Palestin

BANGI, 13 Oktober – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam sikap hipokrit masyarakat antarabangsa yang melaungkan prinsip demokrasi dan hak asasi manusia, tetapi gagal mempertahankan hak rakyat Palestin untuk menyuarakan perjuangan mereka.

Beliau menyifatkan keadaan itu sebagai bukti percanggahan antara prinsip yang diperjuangkan dengan tindakan sebenar terhadap isu Palestin.

Berucap pada Majlis Makan Malam Sumud Nusantara sempena Kongres Sumud Global 2026, Anwar menegaskan penderitaan rakyat Palestin perlu dilihat dari sudut hak asasi manusia, tanpa mengira agama, bangsa atau latar belakang.

Beliau turut mempersoalkan kewibawaan orde antarabangsa sedia ada yang dilihat gagal membela hak rakyat Palestin daripada penjajahan dan penindasan.

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *