


13 Oktober 2026
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) Ke-273 di Istana Negara, hari ini (13 Oktober).
Berangkat sama, YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor sebagai wakil rasmi DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor.
MRR Ke-273 yang berlangsung selama dua hari bermula esok akan dipengerusikan oleh Sultan Perak, DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al Maghfur-Lah.
