
KUALA LUMPUR, 14 Oktober – Kawalan keselamatan sempadan maritim di Kudat, Sabah akan dipertingkat menerusi perolehan radar dan kamera jarak jauh berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dirancang pada 2028 di bawah RMK13.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, langkah itu bertujuan memperkukuh pengawasan di perairan Kudat, Pulau Banggi dan Pulau Balambangan yang dikenal pasti berisiko menjadi laluan kemasukan pendatang tanpa izin serta jenayah rentas sempadan.
Menurut statistik ESSCOM, tangkapan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Kudat meningkat 79.4 peratus kepada 122 orang pada 2025, berbanding 68 orang pada 2024.
Pada 2025, Pasukan Polis Marin Wilayah 4 merekodkan enam kes dengan 23 tangkapan, manakala Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mencatatkan 30 kes melibatkan 91 tangkapan warga asing dari 2025 hingga September 2026.
Penguatkuasaan berterusan akan dilaksanakan bagi mengekang kemasukan melalui laluan tidak sah dan memperkukuh keselamatan sempadan maritim Sabah-Filipina.
