Malaysia Pertimbang Perluas CCTV Pengecaman Wajah di Kawasan Berisiko Jenayah

BEIJING, 14 Oktober – Malaysia mempertimbangkan peluasan penggunaan CCTV berdefinisi tinggi dengan teknologi pengecaman wajah di kawasan berisiko tinggi bagi meningkatkan keberkesanan pencegahan jenayah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengalaman China menerusi pendekatan modern policing menunjukkan teknologi itu mampu membantu mengesan dan menangkap suspek dalam kira-kira tiga minit 30 saat.

Malaysia pernah melaksanakan projek perintis di Iskandar Puteri, Johor, selain menggunakan teknologi berkenaan di kawasan tumpuan seperti Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Namun, kekangan kewangan menjadi cabaran untuk memperluas pelaksanaannya ke seluruh negara.

Beliau berkata pengalaman China dalam penggunaan teknologi pengawasan itu akan dikongsikan dalam mesyuarat Jemaah Menteri, susulan perbincangan kerjasama keselamatan dan usaha membanteras jenayah rentas negara di Beijing.

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *