Lelaki Disyaki Terima Upah RM10 Setong Seludup Minyak ke Thailand

RANTAU PANJANG, 15 Oktober – Seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Gual Nering, Nibong Gual Periuk, kerana disyaki menerima upah RM10 bagi setiap tong untuk menghantar minyak petrol dan diesel ke Thailand.

Komander Briged Tenggara PGA, SAC Datuk Ahmad Radzi Hussain berkata, tangkapan kira-kira 9.30 pagi itu membawa kepada rampasan 150 liter petrol dan 300 liter diesel, masing-masing disimpan dalam enam dan 12 tong.

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai mengisi minyak di stesen sekitar Rantau Panjang sebanyak lima kali sehari sebelum menyimpannya dalam tong untuk dihantar ke negara jiran. Sebanyak 24 tong minyak dipercayai dihantar dengan bayaran RM10 bagi setiap tong.

Nilai keseluruhan rampasan, termasuk sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), dianggarkan RM32,281.50.

Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *