EMPAT NEGERI CATAT KADAR PENYALAHGUNAAN DADAH TERTINGGI: AADK PERKUKUH INTERVENSI BERFOKUS BERDASARKAN DATA

21 Oktober 2026

Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis merupakan empat negeri yang mencatatkan kadar penagihan dan penyalahgunaan dadah atau bahan tertinggi berdasarkan statistik sehingga Jun 2026. Dalam tempoh sama, sebanyak 130,307 kes penyalahgunaan dadah dan bahan telah direkodkan di seluruh negara, iaitu pada kadar 381 orang bagi setiap 100,000 penduduk.

Statistik ini disediakan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berdasarkan data bersepadu daripada empat sumber utama, iaitu AADK, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pusat Pemulihan Persendirian (PPP), Negeri Terengganu mencatatkan kadar tertinggi sebanyak 735 bagi setiap 100,000 penduduk, diikuti Kelantan (694), Kedah (669) dan Perlis (646).

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman media sosial rasmi AADK.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *