Indonesia Kenakan Sekatan terhadap 32 Syarikat Susulan Kebakaran Hutan

JAKARTA, 21 Oktober – Indonesia mengenakan sekatan pentadbiran terhadap 32 syarikat yang disyaki terlibat dalam kebakaran hutan dan tanah, melibatkan kawasan konsesi seluas 1.93 juta hektar.

Menteri Perhutanan, Raja Juli Antoni berkata, kira-kira 18,000 hektar kawasan konsesi berkenaan telah terbakar.

Tindakan itu termasuk penggantungan operasi enam syarikat serta arahan memulihkan ekosistem yang terjejas. Prosiding jenayah juga boleh dimulakan sekiranya siasatan menemukan bukti pelanggaran undang-undang.

Kementerian Perhutanan Indonesia kini mengendalikan 120 kes berkaitan kebakaran hutan dan tanah, dengan perkembangan lanjut dijangka diumumkan minggu depan.

— BERNAMA-XINHUA

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *