𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 π’π‡π€π‘π€π…π”πƒπƒπˆπ ππ„π‘πŠπ„ππ€π π‡π€πƒπˆπ‘ π…πŽπ‘π”πŒ 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐋 𝐄𝐇𝐖𝐀𝐋 πˆπ’π‹π€πŒ

22 Oktober 2026

ShahAlam: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menghadiri Forum Perdana Ehwal Islam sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan baginda.

Turut berangkat Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Hadir sama pada program yang berlangsung di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini ialah Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Mohammad Fahmi Ngah serta Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Salehuddin Saidin.

Forum dengan tajuk β€œRaja Berdaulat Memayungi Umat” itu menampilkan ahli panel Mufti Selangor Datuk Dr Anhar Opir dan Anggota Jawatankuasa Fatwa dan Khutbah Negeri Selangor Datuk Prof Madya Dr. Muhammad Ayman Al-Akiti.

Antara intipati perbincangan mengenai peranan institusi diraja dalam memelihara kesucian Islam.

Pada program sama, Sultan Sharafuddin turut berkenan menyaksikan pelancaran buku β€œKoleksi Terpilih Titah Ucapan Sultan Selangor Berkaitan Hal Ehwal Islam”.

Buku tersebut menghimpunkan titah ucapan terpilih Sultan Selangor bagi tempoh 2001 hingga 2026 sempena genap 25 tahun pemerintahan baginda.

πŸ“Έ fotoBERNAMA

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *