
PUTRAJAYA, 23 Oktober – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menyiasat dakwaan penstriman langsung insiden serangan terhadap seorang guru di sebuah sekolah swasta di Kuching menerusi Facebook.
Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil, berkata beliau menyerahkan kepada MCMC untuk menjalankan siasatan lanjut sebelum sebarang kenyataan dikeluarkan.
Terdahulu, tular dakwaan seorang pelajar menyiarkan secara langsung serangan menggunakan senjata tajam terhadap seorang guru sehingga menyebabkan mangsa cedera.
