LOVE SCAM:ONSA BENTENG UTAMA BANTU SEKAT SINDIKET PENIPUAN SIBER

25 Oktober 2026

Kempen Kesedaran Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA) membuktikan bahawa jenayah Love Scam bukan sekadar penipuan wang ringgit biasa, sebaliknya merupakan bentuk manipulasi psikologi terancang yang mengeksploitasi kerentanan emosi masyarakat tanpa mengira latar belakang pendidikan mahupun jantina.

Integrasi penguatkuasaan di bawah (ONSA), tindakan proaktif JSJK PDRM, serta respon pantas Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) kini menjadi benteng utama dalam menyekat ekosistem sindiket penipuan siber di Malaysia.

Jumlah Wang yang Berjaya Diselamatkan / Dipulangkan:

Melalui operasi bersepadu NSRC bersama JSJK PDRM dan bank-bank komersial di Malaysia, dianggarkan sekurang-kurangnya RM9.24 juta hingga RM12 juta wang hasil pelbagai penipuan siber (termasuk Love Scam) telah berjaya disekat, dibekukan dan diproses untuk dipulangkan semula kepada mangsa menerusi perintah mahkamah.

Faktor Penentu Kejayaan Pemulangan Wang:

Faktor Masa (24 Jam Pertama): Peluang untuk mendapatkan semula wang yang ditipu bergantung sepenuhnya kepada kepantasan mangsa membuat laporan ke Talian 997 NSRC.

Panggilan yang dibuat dalam tempoh beberapa jam pertama membolehkan pihak bank melacak aliran wang (money tracing) dan membekukan akaun keldai penerima sebelum scammer sempat mengeluarkan atau memindahkan wang tersebut ke luar negara.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *