MyKad GENERASI BAHARU DILENGKAPI CIRI KESELAMATAN LEBIH CANGGIH

24 Oktober 2026

Sebanyak 275,785 keping MyKad generasi baharu telah dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara sehingga 20 Oktober 2026, sejak dilancarkan pada 17 September 2026.

“Jumlah pengeluaran itu menunjukkan sambutan baik daripada masyarakat terhadap penggunaan MyKad generasi baharu dilengkapi ciri keselamatan lebih canggih,” kata Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Hari Pendaftaran Negara ke-78 serta peluncuran Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI JPN 2026 di Dewan Serbaguna Kampung Melayu Sedenak, Kulai, Johor, pada 24 Oktober 2026.

Sumber: Kenyataan YB Menteri Dalam Negeri sempena Sambutan Hari Pendaftaran Negara ke-78, Kulai, Johor, 24 Oktober 2026.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *