
26 Oktober 2026
Negeri Sembilan:
Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya yang juga pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) di Kompleks Perumahan Penjawat Awam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 15 Oktober lepas.
Mohd Khairudin Safiβai, 37, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, Mohd Khairudin didakwa membunuh Norhazwani Ibrahim, 35, di sebuah rumah di Kompleks Perumahan Penjawat Awam KLIA, Nilai, kira-kira 7 petang, 15 Okt lepas.
