Wartawan Jendela Madani , Sholina Osman dipilih menerima Sijil Penghargaan JBPM Perlis

7 FEB. 2025

Sempena Perhimpunan Bulanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis, portal Jendela Madani antara media yang terpilih bagi menerima sijil penghargaan.

Portal Jendela Madani juga berbesar hati apabila dipilih oleh agensi ini bagi menerima penghargaan seumpama ini.

Sebenarnya Jendela Madani masih baharu di Perlis iaitu belum sampai setahun tetapi aktif membuat liputan mengenai JBPM Perlis.

Jendela Madani pula sentiasa mengutamakan Bomba dalam memberikan liputan memandangkan komitmen tinggi agensi ini dalam penyelamatan.

MENYAMPAIKAN SIJIL PENGHARGAAN

Pengarahnya, Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin telah menyampaikan sijil penghargaan ini kepada Wartawan Jendela Madani di Perlis, Sholina Osman.

Hadir sama Timbalan Pengarah, Na Khoom A/L Kiang dan Timbalan Pengarah dan Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan, Norazwan Hashim pada majlis yang diadakan di Ibu Pejabat JBPM di Kangar.

Masing-masing turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada wartawan Jendela Madani kerana sering membuat liputan mengenai Bomba semasa menyampaikan sijil ini.

Empat lagi media yang terpilih menerima sijil iaitu Chong Keat Yin dari akhbar Sin Chew Daily, Nurul Huda Amat Lutfi (Bernama) dan dua lagi dari RTM iaitu Badruddin Ramli dan Muhamad Zakuan Abd Samad.

Selain itu sempena dengan majlis ini juga diadakan pemakaian pangkat, penyampaian sijil ISO dan geran untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS). – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *