




(Petikan FB Fadhlina Sidek)
7 FEB. 2025
Saya turun ke Pagoh setelah dimaklumkan oleh Ketua Cabang KEADILAN Pagoh, ada sebuah keluarga yang memerlukan perhatian saya.
Rupanya anak sulung keluarga ini dalam keadaan serba salah untuk meneruskan persekolahan. Pertama kerana bapanya tidak ada pekerjaan yang tetap selepas kemalangan.
Kedua, ibu mereka dalam keuzuran. Di usia 14 tahun, anak ini hanya mahu berhenti sekolah dan bekerja kerana gusar keluarganya dihalau akibat tidak mampu membayar sewa rumah.
Ketua Cabang Pagoh berpandangan bahawa anak ini harus mendengar sendiri jaminan tentang pendidikan daripada saya. Kegusarannya saya jawab terus dengan menyelesaikan terus sewa rumah mereka selama setahun dan memberikan sumbangan untuk persiapan ke sekolah.
JAGA ADIK-ADIK
“Tugas kakak hanya belajar, jadi anak yang baik,jaga adik-adik. Yang lain makcik uruskan okay? Janji pergi sekolah okay?”
Kakak mengangguk senyum.
Saya keluar dari rumah ini dengan mata yang berkaca-kaca.
Anak ini anak yang baik dan merasa sangat bertanggungjawab menjaga keluarganya. Tugas kita jelas. Beban itu harus kita ambil. Biarkan anak ini dapat belajar dengan tenang tanpa memikirkan masalah lain.
Terima kasih Cabang KEADILAN Pagoh yang sangat prihatin! Jika ahli parti memerlukan pimpinan turun ke bawah menyelesaikan masalah rakyat, itulah tanggungjawab kita sebagai pemimpin parti. Turun dan selesaikan! – JM
