Nibong Tebal parlimen pertama di Pulau Pinang laksana Ceria Ke Sekolah TNB

Petikan FB Fadhlina Sidek
Menteri Pendidikan
9 FEB 2025

Komitmen sebagai kerajaan telah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) lunaskan dengan pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada semua ibu bapa tanpa mengira latar belakang dan taraf sosio ekonomi.

Itu kesungguhan dengan penambahbaikan yang sentiasa kita laksanakan setiap tahun.

Sebagai Ahli Parlimen Nibong Tebal, saya pastinya memberikan tumpuan kepada kawasan saya sepenuhnya.

KEMBALI KE SEKOLAH

Selain program “ Kembali ke Sekolah” yang dilaksanakan oleh Wanita KEADILAN, Parlimen Nibong Tebal tetap menjadi keutamaan.

Alhamdulillah dengan sinergi bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) Pulau Pinang, Parlimen Nibong Tebal menjadi parlimen pertama di Pulau Pinang yang melaksanakan program Ceria Ke Sekolah TNB 2025.

Terima kasih TNB! Semoga jalinan sinergi ini akan terus kukuh tahun demi tahun! Bertuah anak-anak Nibong Tebal kerana mereka selamanya nombor satu di hati saya dan semua keperluan mereka akan dijaga!

Sayang selalu!
Ahli Parlimen Nibong Tebai🩵 – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *