Dr Zaliha hadir Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Parlimen Sekijang

Oleh: Sholina Osman
9 FEB. 2025

Ahli Parlimen Sekijang, Dr Zaliha Mustafa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Peringkat Parlimen Sekijang di Segamat Street.

Lebih 2,000 orang yang hadir memeriahkan.

Dr Zaliha yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) menerusi perkongsian dalam FB, menzahirkan ucapan terima atas kehadiran tetamu.

Beliau berkata, ini adalah penganjuran kali ketiga Pusat Khidmat Rakyat dan setiap tahun memang kehadiran diterima memang ramai.

KEPELBAGAIAN MENJADI KEKUATAN

“Ini lah Sekijang…. Kepelbagaian menjadi kekuatan dan perbezaan diraikan dalam keharmonian sebagai satu keluarga besar,” katanya.

Dalam ucapan beliau menekankan bahawa perpaduan yang kita nikmati hari ini bukan terjadi secara kebetulan.

Jelasnya, ia dibina atas kepercayaan, hormat-menghormati dan usaha berterusan daripada semua lapisan masyarakat.

“Ini lah yang disebut sebagai ketamadunan MADANI,” katanya.

“Saya yakin rakyat Sekijang telah lama memahami bahawa kita kuat kerana kita bersatu dan kita bersatu kerana kita memahami antara satu sama lain,” tambahnya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *