Selangor bakal mempunyai 84 Pusat NADI akhir Mac 2025

Oleh: Sholina Osman
9 FEB. 2025

Jumlah Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang beroperasi di Selangor dijangka bertambah daripada 76 kepada 84 buah menjelang akhir Mac ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, lapan lagi pusat NADI dijangka siap pada akhir Ramadan nanti.

Beliau berkata, sehingga akhir Januari lalu, seramai 107,194 pengguna menerima manfaat Pusat NADI di seluruh Selangor.

Beliau percaya Pusat NADI akan membawa manfaat serta membantu masyarakat mendapatkan maklumat mengenai Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, sekali gus berfungsi sebagai titik komunikasi bagi rakyat.

BERPERANAN MEMPERKASA RAKYAT

Jelasnya, Pusat NADI berperanan memperkasakan rakyat menerusi digitalisasi, bukan sahaja dalam komunikasi tetapi juga melalui aplikasi laman sesawang yang memberi manfaat kepada kehidupan generasi muda.

“Ini termasuk aspek pendidikan, keusahawanan, serta kemahiran insaniah (soft skills) yang boleh digilap,” katanya menerusi hantaran di FB semasa berucap merasmikan
Pusat NADI Sungai Tua di Selangor.

Pusat NADI Sungai Tua ini yang ke 76 di Selangor.

MEMBERI NILAI TAMBAH

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
dalam satu kenyataan memaklumkan, inisiatif itu akan turut memberi nilai tambah kepada kesejahteraan rakyat.

Menurutnya, program sedia ada di NADI telah disusun semula oleh SKMM dan ia berpandukan kepada lima teras iaitu keusahawanan, pembelajaran sepanjang hayat, kesejahteraan kendiri, kesedaran dan inisiatif kerajaan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *