

Oleh: Sholina Osman
21 FEB. 2025
Akademi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), dengan kerjasama Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), menganjurkan bengkel Pemetaan, Analisis dan Perancangan Infrastruktur Jalur Lebar selama dua hari pada 20 hingga 21 Februari 2025.
Menerusi hantaran di FB MCMC, Latihan ITU-MCMC yang pertama ini menghimpunkan pemimpin industri dan pengawal selia untuk meningkatkan perancangan jalur lebar dan meluaskan akses di kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan.
Tujuan bengkel dua hari ini bagi mengukuhkan komitmen MCMC terhadap pembangunan bakat dalam memajukan rangkuman digital.
PENCERAMAH DARI ITU
Dua penceramah dari ITU telah dijemput pada bengkel ini iaitu Pegawai Program, Pejabat Serantau ITU untuk Asia dan Pasifik, Aamir Riaz, dan Pegawai Projek Giga untuk Kesalinghubungan ITU, Ihar Shchetko.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Urusan MCMC, Datuk Zurkarnain Mohd Yasin,
Dengan penyertaan daripada pakar MCMC dan pemain industri utama, bengkel ini meliputi pemetaan infrastruktur ICT, alat GIS, dan pemodelan ketersambungan untuk merapatkan jurang digital.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program latihan Akademi MCMC, layari https://www.mcmc.gov.my/academy – JM
