PMX terima kunjungan Menteri Kewangan dan Ekonomi Bahrain

21 FEB. 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan Menteri Kewangan dan Ekonomi Bahrain, Shaikh Salman Bin Khalifa Al Khalifa.

“Pertemuan kami berkisar terkait kerjasama ekonomi dan kewangan antara kedua-dua negara yang perlu diperkukuh, termasuk mata wang kripto dan platform sandbox,” katanya menerusi perkongsian di FB.

MEMBINCANGKAN KERJASAMA PELANCONGAN

Perdana Menteri juga turut membincangkan kerjasama pelancongan, kesalinghubungan Kuala Lumpur – Manama, dan sektor pembuatan.

“Bahrain juga menyatakan komitmen untuk menjayakan Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC+China yang mana Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri, Putera Salman Bin Hamad Al Khalifa akan berangkat hadir,” katanya.

Beliau percaya kolaborasi antara Malaysia dan Bahrain dalam bidang yang dipersetujui akan memberi manfaat langsung kepada ekonomi dan rakyat kedua-dua negara. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *